BAITULMAQDIS – Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir, mengakui beliau mendoakan kemenangan Argentina ke atas England dalam aksi separuh akhir Piala Dunia 2026, sebelum mengucapkan tahniah kepada pasukan itu selepas berjaya melangkah ke pentas akhir.
Dalam hantaran di platform X sebelum perlawanan, Ben Gvir menulis:"Perlukah saya benar-benar menjelaskan mengapa saya berdoa sepenuh hati agar pasukan kebangsaan Argentina menang malam ini dan mara ke final?"