PERSATUAN Pendidikan Sukan Hoki Kuala Lumpur (PPSHKL) yang menaungi Hockademy memohon Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) menyegerakan pembayaran wang hadiah kemenangan saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) 2020 yang tamat pada 22 Februari lalu.
Menurut PPSHKL dalam kenyataan hari ini, wang hadiah kemenangan itu dapat membantu mengurangkan beban pemain yang terkesan susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak Covid-19.