CHUKAI - Peminat kereta mini pacuan empat roda (4x4) kawalan jauh (RC) jenis ‘Crawler’ kini mempunyai lokasi khas untuk menguji kemahiran mengendalikan alat permainan itu menerusi simulasi pemanduan di trek ‘off-road’ berhalangan lasak di trek Bukit Mentok, di sini.
Pengerusi Kelab RC Crawler Kemaman (RCK) Zulkarnain Ismail, 45, berkata trek sepanjang 1.5 kilometer itu, yang juga antara terpanjang di Semenanjung Malaysia direka khas bagi memberikan pengalaman pemanduan yang realistik dan cabaran kepada peserta.