Rooney tak puas hati anggap Tuchel 'pengecut'

Iklan
Tuchel (tengah) dikritik hebat kerana perubahan taktikalnya di pertengahan babak kedua telah 'membunuh' momentum England. Foto: Agensi

WAYNE Rooney mengecam Thomas Tuchel selepas menyifatkan keputusan taktikal pengendali Jerman itu menjadi punca England gagal mengekalkan kelebihan ketika berdepan Argentina pada separuh akhir Piala Dunia.

Rooney mendakwa Tuchel membuat kesilapan besar apabila mengubah pendekatan permainan selepas England mendahului 1-0, sekali gus memberi ruang kepada Argentina menguasai perlawanan sebelum bangkit menang 2-1.

Iklan
Iklan

Anthony Gordon meletakkan England di depan pada minit ke-55, namun Argentina menyamakan kedudukan menerusi Enzo Fernandez pada minit ke-85 sebelum Lautaro Martinez menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan.

"England runtuh... semuanya bermula daripada pengurus," kata Rooney.

Iklan

Menurut bekas kapten England itu, keputusan Tuchel menggunakan lima pertahanan selepas gol pendahuluan membuatkan The Three Lions hilang keberanian untuk memburu gol kedua.

"Selepas menjaringkan gol pertama, England tidak cuba mendapatkan gol kedua. Pemain menyerahkan bola dan membenarkan Argentina mengawal permainan.

Iklan

"Apabila anda mendahului 1-0 dan mula bertahan, pemain akan hilang keyakinan. Mereka mula berfikir bagaimana untuk bertahan sehingga tamat.

"Ini aksi separuh akhir dan apabila sudah mendahului, Tuchel kena lebih berani mengarahkan pemain memnuat serangan kerana tekanan ketika itu berada di pihak Argentina.

"Jangan jadi pengecut dan sekarang semuanya musnah sekeli mata," kata Rooney.

Kritikan itu turut disokong bekas pemain England, Micah Richards yang menyifatkan Tuchel gagal membuat keputusan tepat apabila mengubah formasi kepada lima pertahanan.

"Tuchel dibawa masuk untuk menjadi faktor perbezaan. Tetapi dari sudut taktikal, saya rasa dia tersilap hari ini," kata Richards.