Ada apa dengan Switzerland?
Iklan
Switzerland tidak disatukan oleh bahasa, agama atau etnik sebaliknya mereka disatukan oleh nilai bersama, institusi yang dipercayai dan rasa memiliki terhadap negara. - Gambar hiasan
BARU-baru ini saya berkesempatan menghadiri satu mesyuarat di Geneva dan bertemu dengan ramai kenalan dari seluruh Switzerland. Mereka yang datang dari Zurich bertutur dalam bahasa Jerman, manakala yang datang dari Montreux menggunakan bahasa Perancis. Mereka yang tiba dari Lugano pula bertutur dalam bahasa Itali. Selain itu, terdapat juga komuniti kecil di Switzerland yang masih menggunakan bahasa Romansh.
Saya dimaklumkan bahawa keempat-empat bahasa tersebut menjadi bahasa kebangsaan yang diiktiraf negara mereka. Perkara ini membuat saya tertanya- tanya bagaimana sebuah negara yang kecil mampu hidup begitu harmoni walaupun rakyatnya bertutur dalam empat bahasa yang berbeza.