Tujuh calon penentu nasib PH
Iklan
PH berdepan sekurang-kurangnya lima pertaruhan besar menerusi barisan calonnya bagi PRN Negeri Sembilan yang bakal menentukan sama ada gabungan itu mampu mencapai majoriti mudah 19 kerusi.
PAKATAN Harapan (PH) berdepan sekurang-kurangnya lima pertaruhan besar menerusi barisan calonnya bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang bakal menentukan sama ada gabungan itu mampu mencapai majoriti mudah 19 kerusi.
Selain keputusan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun mencabar kubu BN di Linggi, tumpuan turut terarah kepada pewarisan Sikamat, kedudukan Anthony Loke Siew Fook di Chennah, kemampuan penyandang bertahan serta penerimaan terhadap lima calon India.