'Panglima' PH masuk kubu BN
Iklan
Aminuddin menyeru rakyat negeri itu memberikan mandat baharu kepada PH bagi memastikan kesinambungan kestabilan politik serta pembangunan ekonomi dapat diteruskan.
KUALA PILAH – Datuk Seri Aminuddin Harun membuat pertaruhan terbesar dalam karier politiknya apabila meninggalkan Sikamat yang dipertahankan selama empat penggal untuk mencabar kubu tradisi Barisan Nasional (BN) di Linggi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
Perpindahan itu bukan sekadar pertukaran kerusi, sebaliknya meletakkan masa depan politik poster boy dan calon Menteri Besar Pakatan Harapan (PH) tersebut pada sebuah kawasan yang tidak pernah berjaya ditawan PKR.