'Kubu nuklear' Iran gusarkan Trump

Iklan
Imej satelit menunjukkan pintu masuk terowong di Pickaxe Mountain yang dipercayai bersambung dengan kemudahan nuklear Natanz. - Foto Agensi

KETIKA konflik antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran terus memuncak ke tahap yang belum pernah berlaku sebelum ini serta semakin sukar diramal, Presiden Donald Trump kembali dengan retorik ugutan baharu untuk menyerang dan memusnahkan tapak nuklear Iran yang dikenali sebagai 'Kuh-e Kolang Gaz La'.

Ancaman itu sekali lagi menarik perhatian dunia terhadap kompleks rahsia bawah tanah yang disifatkan sebagai antara kemudahan nuklear paling kukuh milik Teheran.

Iklan
Iklan

Tetapi, sumber rapat di Iran menegaskan mereka tidak akan teragak-agak melancarkan 'tindak balas yang dahsyat' sekiranya Trump melaksanakan ancamannya untuk menyerang kemudahan bawah tanah tersebut yang sehingga kini kekal menjadi antara lokasi paling misteri.

Washington dikatakan sedang mengawasi fasiliti tersebut yang digelar sebagai 'Pickaxe Mountain' oleh rangkaian media Barat yang terletak di wilayah Isfahan, kira-kira 1.5 kilometer dari kemudahan pengayaan uranium Natanz.

Iklan

Beliau mendakwa bahawa walaupun ketika ini tiada tanda-tanda aktiviti yang jelas di lokasi tersebut, AS mungkin akan melancarkan 'serangan berskala besar' ke atas pintu masuk terowong kompleks itu dalam masa terdekat.

Trump dilihat masih belum mengambil pengajaran daripada kegagalan operasi tahun lalu, yang sekadar memusnahkan bahagian permukaan tiga kemudahan yang dibedil tentera AS.

Iklan

Pakar percaya ia merupakan kemudahan bawah tanah yang paling sukar dibinasakan kerana kedudukannya yang sangat dalam dan dibina di bawah lapisan batu granit yang keras.

Ia disifatkan antara kemudahan nuklear paling kukuh milik Teheran. - Foto Agensi

Anggaran teknikal menunjukkan bahawa dewan-dewan bawah tanah kompleks tersebut digali pada kedalaman antara 80 hingga 100 meter (m) dengan ada bahagian mencapai sehingga 600m.

Kedudukannya yang jauh lebih dalam berbanding tapak pengayaan uranium Fordow menyebabkan kompleks itu dianggap oleh beberapa penganalisis Barat sebagai 'kubu nuklear' Iran.

Pembesaran kompleks itu dipercepatkan selepas letupan yang berlaku di kemudahan Natanz pada 2020 yang memusnahkan dewan pemasangan emparan canggih.

Selepas kejadian tersebut, sebahagian besar operasi sensitif dipindahkan ke kemudahan bawah tanah.

Pada 2021, Ali Akbar Salehi yang ketika itu memegang jawatan Ketua Pertubuhan Tenaga Atom Iran (AEOI) mengumumkan Teheran sedang membina banyak dewan canggih jauh di dalam gunung bagi melindungi rantaian pengeluaran emparan.

Binaan berperisai

Sementara itu, laporan yang diterbitkan oleh badan pemikir seperti Pusat untuk Penyelidikan Strategik dan Antarabangsa (CSIS) dan Institut untuk Keselamatan Sains dan Antarabangsa (ISIS) menunjukkan bahawa pembangunan kompleks tersebut sedang giat dijalankan.

Laporan itu mendedahkan tentang projek pembinaan perimeter keselamatan berlapis, pengukuhan pintu masuk terowong dengan struktur konkrit dan peningkatan kerja-kerja penggalian bawah tanah.

Penganalisis berpendapat aktiviti yang berterusan menunjukkan tahap perlindungan yang semakin diperkukuh di lokasi tersebut.

Ancaman terbaharu Trump dan amaran tegas Iran sekali lagi meletakkan kompleks berkenaan dalam tumpuan antarabangsa.

Dengan kedudukan yang sukar ditembusi dan sistem pertahanan yang diperkukuh, ia kini menjadi antara aset strategik paling penting dalam program nuklear Teheran dan berpotensi mencetuskan kebimbangan serta pertikaian dengan Barat.

Dalam masa sama, isu Selat Hormuz turut menjadi perhatian dan ancaman berkaitan laluan perdagangan minyak utama dunia itu sebenarnya dijadikan alasan tambahan untuk mengekalkan tekanan atau membuka ruang kepada operasi ketenteraan baharu terhadap Iran.

Bagaimanapun, sebarang tindakan sedemikian berisiko memburukkan lagi situasi di Asia Barat yang sudah sedia bergolak.