Amaran ribut petir, hujan lebat di sembilan negeri - MetMalaysia

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, kawasan terjejas di Kedah melibatkan Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Pulau Pinang membabitkan daerah Timur Laut serta Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

Iklan
Iklan

Di Perak, kawasan terlibat ialah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar serta Batang Padang, manakala seluruh Kelantan turut dijangka mengalami cuaca berkenaan.

Di Terengganu, kawasan terjejas meliputi Besut, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman, sementara di Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Iklan

Bagi Johor, daerah terlibat ialah Tangkak, Segamat, Muar, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Di Sarawak, amaran sama melibatkan Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song), Bintulu (Tatau) serta Miri (Beluru, Miri dan Marudi).

Iklan

Sementara di Sabah, kawasan yang dijangka terjejas ialah Pedalaman meliputi Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan serta Pantai Barat melibatkan Papar, Penampang dan Ranau.

Wilayah Persekutuan Labuan turut berada di bawah amaran itu sehingga 9 malam ini.- Bernama