Kerajaan usir segera rakyat Israel jika dikesan berada di Malaysia
Iklan
Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengusir serta-merta rakyat Israel yang dikesan berada di Malaysia sekiranya siasatan mengesahkan dakwaan berhubung perkara itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan tegas akan diambil memandangkan Malaysia tidak mengiktiraf Israel.
Iklan
Iklan
Menurut beliau, ketika ini semua agensi berkaitan sedang menjalankan siasatan terhadap dakwaan rakyat Israel menggunakan dua pasport kewarganegaraan untuk memasuki negara ini.
"Saya percaya Menteri Pendidikan Tinggi (Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir) akan beri jawapan. Kita siasat dahulu. Kalau tidak, kita tidak izinkan. Kalau ada, tindakan mesti diambil.
Iklan
"Kalau ada rakyat Israel, kerana kita tidak mengiktiraf (Israel), mereka akan diusir segera," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis 'A Celebration of Life and Peace' anjuran ERM Foundation, di sini pada Rabu.
Sebelum ini Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Imigresen, polis, Jabatan Kastam dan agensi lain untuk memeriksa kewarganegaraan komuniti Network School di Forest City berikutan dakwaan terdapat warga Israel yang mempunyai dua kewarganegaraan tinggal di kawasan berkenaan.
Iklan
Network School ialah sebuah komuniti kediaman dan ruang kerja bersama persendirian yang dilancarkan pada 2024 oleh pelabur teknologi, Balaji Srinivasan. 
Komuniti ini menyasarkan golongan yang digelar 'techno-optimist' dan mengenakan bayaran sebanyak AS$1,500 (RM6,118.50) sebulan untuk penginapan, makanan serta perkhidmatan lain termasuk akses ke gimnasium.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Menteri ambil perhatian isu ceramah agama"><meta itemprop="description" content="Menteri ambil perhatian isu ceramah agama tanpa tauliah dalam talian
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengambil perhatian terhadap isu penyampaian ceramah agama tanpa tauliah secara dalam talian susulan penggunaan platform media sosial yang semakin meluas, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Menterinya, Dr Zulkifli Hasan berkata, ketika ini, bidang kuasa berkaitan pemberian tauliah untuk mengajar agama terletak di bawah kerajaan negeri, termasuk menentukan individu yang layak menerima tauliah serta mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar etika.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/787870/berita/nasional/menteri-ambil-perhatian-isu-ceramah-agama-tanpa-tauliah-dalam-talian
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Menteri #Isu #Ceramah #Agama"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-15T06:09:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/cb4sc1gLoEy8kFzWN/x1080"><meta itemprop="duration" content="P62S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xapcvxi"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xapcvxi"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xapcvxi"></script>