Riuh BOLA SINAR tawar hadiah hampir RM10,000

Iklan
Pengunjung yang memeriahkan Riuh BOLA SINAR x redONE Mobile x RTM di Restoran Hakim pada 19 dan 20 Julai ini berpeluang membawa pulang hadiah serta wang tunai keseluruhan hampir RM10,000.

SHAH ALAM – Pengunjung yang memeriahkan Riuh BOLA SINAR x redONE Mobile x RTM di Restoran Hakim, Jalan Kristal, Seksyen 7 di sini pada 19 dan 20 Julai ini berpeluang membawa pulang hadiah serta wang tunai keseluruhan hampir RM10,000.

Selain menyaksikan aksi final Piala Dunia FIFA 2026 di skrin gergasi, orang ramai boleh menyertai pelbagai pertandingan dan aktiviti interaktif yang berlangsung selama 12 jam, bermula 5 petang hingga 5 pagi.

Iklan
Iklan

Pengurus Projek Riuh BOLA SINAR x redONE Mobile x RTM, Hazwan Shaharuddin berkata, penganjuran program itu bertujuan memberikan pengalaman lebih bermakna kepada pengunjung dengan menggabungkan elemen tontonan bola sepak, hiburan dan pertandingan dalam satu acara.

Beliau berkata, pengunjung tidak sekadar hadir sekadar menonton perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026, sebaliknya mereka turut merasai kemeriahan festival bola sepak menerusi pelbagai aktiviti yang menawarkan hadiah wang tunai dan hadiah eksklusif.

Iklan

"Kami berharap Riuh BOLA SINAR x redONE Mobile x RTM bukan sahaja menjadi lokasi terbaik untuk menyaksikan final Piala Dunia, malah menjadi platform yang menyatukan komuniti peminat bola sepak dalam suasana yang meriah," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Antara hadiah menarik yang ditawarkan sepanjang program ialah Sony PlayStation 5, Nintendo Switch 2 serta wang tunai menerusi pelbagai pertandingan yang dianjurkan.

Iklan

Pengunjung turut berpeluang menyertai Teka Skor Sinar Harian x redONE Mobile yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM2,000 kepada peserta yang berjaya meneka keputusan akhir perlawanan dan penjaring gol pertama.

Selain itu, program berkenaan dimeriahkan dengan pertandingan Gelecek Bola Mantap redONE Mobile, Gol Celebration Juara redONE Mobile, Ulasan Bola PRO redONE Mobile serta Kejohanan 2v2 EA FC PS5 yang menghimpunkan 32 pasukan untuk merebut gelaran juara dan hadiah wang tunai.

Turut diadakan ialah Smart-Striker-Lympics Challenge yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM1,150 menerusi gabungan cabaran pengetahuan bola sepak dan kemahiran di padang bersama pemain bola sepak wanita Selangor.

Selain pertandingan, pengunjung juga boleh menyertai sesi sembang bola sepak bersama personaliti jemputan, permainan interaktif, cabutan