Dua lelaki termasuk warga India dicekup seludup arak

Iklan
Dua lelaki mencurigakan yang sedang memindahkan sejumlah kotak dari lori ke dalam MPV di Jalan Berai di sini membongkar kegiatan penyeludupan minuman keras pada Selasa.

KLANG - Dua lelaki mencurigakan yang sedang memindahkan sejumlah kotak dari lori ke dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Berai di sini membongkar kegiatan penyeludupan minuman keras pada Selasa.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintenden Amanjit Singh berkata, Op Intra dijalankan Cawangan Risik pihaknya dengan dibantu Bahagian Siasatan Jenayah bersama Unit Ronda Cegah Jenayah (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan kira-kira jam 1 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dua lelaki berusia 41 tahun termasuk seorang warga India yang berperanan sebagai penghantar telah ditahan.

Dua kenderaan ditahan dengan rampasan minuman keras disyaki tidak bercukai dalam serbuan PGA di Klang pada Selasa. Foto: PGA

Iklan

"Pemeriksaan lori dan SUV jenis Toyota Avanza terbabit menjumpai 100 kotak minuman keras tidak bercukai kastam yang dipercayai akan diedarkan di sekitar Banting, Shah Alam dan Klang.

"Pasukan operasi telah merampas lori, SUV dan telefon bimbit untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Tambahnya, kesemua rampasan dianggarkan bernilai RM409,818 dan tangkapan telah dibawa ke IPD Klang Selatan untuk tindakan lanjut.

Seorang warga India yang berperanan sebagai penghantar arak telah ditahan.

Katanya, kegiatan terbabit bersindiket dan hasil risikan dipercayai mempunyai rangkaian hingga Kuala Lumpur selain terdapat penglibatan individu warga asing yang berperanan sebagai 'dealer' atau penjual kepada warga asing yang bekerja ditapak-tapak pembinaan.

Tegasnya, masyarakat diseru agar memberi kerjasama dan menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak polis berkaitan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967, Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987.