Realiti kewangan keluarga anak istimewa
Iklan
Keluarga yang mempunyai anak berkeperluan khas berdepan cabaran kewangan sepanjang hayat. Gambar hiasan (Gambar kecil: Hafizah)
BAYANGKAN seorang ibu berusia 60-an, yang selama lebih tiga dekad menjadi penjaga utama kepada anaknya yang didiagnosis autisme.
Setiap bulan, dia perlu memikirkan kos terapi, ubat-ubatan, pengangkutan khas dan keperluan harian, selain menguruskan perbelanjaan rumah tangga seperti keluarga lain.