MATTA Connect 2026 kembali, platform pasaran pelancongan B2B

Iklan
MATTA akan menganjurkan MATTA Connect 2026 bagi menghimpunkan pembeli, penjual dan pemain industri pelancongan dari seluruh Malaysia serta rantau ASEAN.

PERSATUAN Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) akan menganjurkan MATTA Connect 2026 bagi menghimpunkan pembeli, penjual, pemain industri pelancongan dari seluruh Malaysia serta rantau ASEAN.

Presiden MATTA, Nigel Wong berkata, platform pasaran pelancongan B2B yang terunggul di Malaysia itu akan diadakan pada 29 hingga 30 Julai 2026 di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC), Perak.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia akan menampilkan sesi padanan perniagaan B2B yang tersusun, forum perniagaan, pembentangan destinasi serta pelbagai peluang jaringan profesional yang direka bagi memudah cara penglibatan perniagaan berkualiti tinggi.

“Susulan kejayaan edisi sulung tahun lalu, MATTA Connect telah membuktikan dirinya sebagai platform penting bagi perniagaan pelancongan, pembeli dan rakan destinasi untuk menjalin kerjasama yang bermakna serta membuka peluang perniagaan baharu.

Iklan

"Selain itu, bagi memperkukuhkan lagi kepentingan acara ini di peringkat serantau, Persatuan Pelancongan ASEAN (ASEANTA) akan turut menghadiri MATTA Connect 2026, menghimpunkan pemimpin industri pelancongan dari seluruh Asia Tenggara dan membuka lebih banyak peluang untuk kerjasama rentas sempadan serta pembangunan perniagaan," ujarnya dalam satu kenyataan.

Program tersebut akan dihadiri Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing pada Majlis Makan Malam Penutup iaitu 30 Julai 2026.

Iklan

Tambah Nigel Wong, menjelang acara utama, pembeli antarabangsa terpilih di bawah program Semi-Hosted Buyers akan menyertai Program Pra-Jelajah eksklusif selama lima hari empat malam, bermula 24 hingga 28 Julai 2026.

Jelasnya, ia bagi menikmati pengalaman di beberapa tarikan pelancongan ikonik Perak termasuk Ipoh, Kuala Kangsar, Lembah Lenggong, Tapak Warisan Dunia UNESCO dan Hutan Hujan Diraja Belum.

"Program ini direka bagi memberikan pengalaman destinasi secara langsung kepada para pembeli sebelum mereka menyertai sesi mesyuarat perniagaan yang dijadualkan.

"Dalam masa sama membolehkan mereka mempromosikan Perak dan Malaysia dengan lebih berkesan di pasaran antarabangsa masing-masing," ulasnya.

Mengulas lanjut beliau berkata, MATTA Connect 2026 disokong oleh Tourism Perak, bersama rakan destinasi Penang Global Tourism dan Macao Government Tourism Office (MGTO).

Tambahnya, RHB Bank Berhad merupakan Rakan Bank Rasmi, manakala Spritzer EcoPark Sdn Bhd dan Hup Seng Hoon Yong Brothers Sdn Bhd merupakan rakan sokongan acara.

"MATTA juga berbesar hati bekerjasama dengan hotel-hotel iaitu 1969 D’Kelly Hotel, MU Hotel, AC Hotel by Marriott, Hotel Excelsior dan Weil Hotel, yang memainkan peranan penting dalam menyokong penganjuran MATTA Connect 2026.

“MATTA Connect merupakan platform di mana kerjasama strategik dibina dan peluang perniagaan direalisasikan. Lebih daripada sekadar acara padanan perniagaan, ia merupakan platform untuk industri pelancongan berhubung, bekerjasama serta berkembang maju.

"Oleh itu, kami menjemput perniagaan pelancongan, pembeli dan profesional industri untuk bersama-sama menyertai kami di Ipoh dan menjadi sebahagian daripada platform pasaran pelancongan B2B terunggul Malaysia,” ulasnya.