Amaran ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri

Iklan
Amaran itu melibatkan seluruh negeri Kelantan manakala di Perak melibatkan Hulu Perak dan Batang Padang. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda tujuh negeri sehingga 9 malam ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia, amaran itu melibatkan seluruh negeri Kelantan manakala di Perak melibatkan Hulu Perak dan Batang Padang.

Iklan
Iklan

Keadaan sama juga diramal di Terengganu (Besut) dan Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) serta Johor (Mersing).

Amaran itu turut melibatkan Sarawak (Limbang) dan Sabah (Sandakan, Telupid, Beluran dan Kudat). - Bernama

Iklan
Iklan