Sindiket guna taktik baharu seludup Rohingya secara 'runcit'

Iklan
Mohd Rosli

PUTRAJAYA - Penyeludupan secara 'runcit' melalui negara jiran menjadi taktik terkini sindiket membawa masuk pelarian Rohingya.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, sebelum ini modus operandi sindiket ialah membawa masuk etnik ini dalam skala besar terus ke Malaysia melalui laluan laut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bagaimanapun selepas penguatkuasaan yang lebih serius dan operasi kerap diadakan bagi menjaga sempadan perairan negara, sindiket sudah mula mengubah modus operandi.

“Kita ada maklumat mereka kini masuk ke Thailand dalam skala kecil. Bahkan, ada juga yang masuk ke Thailand mengikut laluan sempadan Myanmar-Thailand,” katanya pada Isnin.

Iklan

Beliau berkata, baru-baru ini dalam kes tangkapan di Pulau Pinang, etnik Rohingya yang ditahan ketika disoal siasat menceritakan kemasukan mereka melalui Thailand.

Tambahnya, ada beberapa faktor mereka tetap cuba masuk ke Malaysia kerana konteks ekonomi Malaysia serta demografi.

Iklan

"Operasi tetap akan diteruskan bagi mengekang kemasukan pelarian Rohingya ke negara ini," ujarnya.