SHAH ALAM - Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Bukit Kemuning di sini pada Selasa.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.27 pagi.
Iklan
Iklan
"Seramai enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam bersama jentera digerakkan ke lokasi yang jaraknya sejauh 13 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Ashrul Riezal berkata, pihaknya tiba di lokasi kira-kira 15 minit, mendapati kemalangan melibatkan sebuah treler, lori satu tan dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.
"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia di lokasi kejadian," katanya.