Rakyat mahu kestabilan, bukan berpolitik sepanjang masa - PM
Iklan
Anwar. - Foto: Jabatan Penerangan
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan ahli Parlimen supaya tidak terlalu yakin dengan kedudukan politik, sebaliknya memberi ruang kerajaan menjalankan amanah berdasarkan mandat rakyat.
Ahli Parlimen Tambun itu menegaskan, persaingan politik hanya perlu berlaku ketika pilihan raya dan bukannya sepanjang masa sehingga menjejaskan tumpuan terhadap pentadbiran negara.
Iklan
Iklan
"Rakyat pun mahu jangan kita hanya berpolitik sepanjang masa. Jadi beri masa, kita ada mandat, sampai pilihan raya kita bertempur pula.
"Saya tidak ada masalah itu. Cuma jangan masing-masing terlalu yakin. Saya pun tidak mahu terlalu yakin dan saya anggap Hulu Terengganu pun jangan terlalu yakin,” katanya ketika Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat di sini pada Selasa.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) mengenai sama ada kerajaan bercadang mengembalikan mandat rakyat dengan membubarkan Parlimen bagi memastikan kestabilan politik dan ekonomi negara.
Sementara itu menjawab soalan tambahan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang membangkitkan isu pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Anwar menjelaskan, perkara tersebut akan dibincangkan secara berhemah dalam Kabinet.
Iklan
Menurut beliau, isu berkenaan perlu dirujuk serta dibincangkan bersama Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang bertanggungjawab terhadap agensi berkenaan.
"Untuk PTPTN, saya akan bincang dengan baik. Johor pun dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan. Jadi, kita runding dengan baik.
"Soal PTPTN itu kita bincang dengan Menteri KPT," ujarnya.
Isu pemansuhan PTPTN kembali menjadi perhatian selepas Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sebelum ini membangkitkan mengenai janji pemansuhan pinjaman berkenaan, sedangkan portfolio PTPTN kini berada di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi yang diterajui wakil UMNO dalam Kerajaan Perpaduan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Perjanjian baharu BEZ Malaysia-Thailand buka laluan pasaran ke Laos, Kemboja, Vietnam - PM"><meta itemprop="description" content="Perjanjian baharu Zon Ekonomi Sempadan (BEZ) Malaysia-Thailand bakal membuka laluan lebih luas kepada barangan Malaysia untuk menembusi pasaran Laos, Kemboja dan Vietnam selepas kerajaan Thailand bersetuju melonggarkan sekatan kastam yang sebelum ini menjadi halangan.
 sejawatnya dari negara Gajah Putih itu dan dijangka memperkukuh perdagangan rentas sempadan, khususnya bagi sektor pertanian dan perikanan negara.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/787718/berita/nasional/perjanjian-baharu-bez-malaysia-thailand-buka-laluan-pasaran-ke-laos-kemboja-vietnam---pm
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangdewanrakyat #anwarIbrahim #perjanjianbaharuBEZMalaysia"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-14T06:10:18.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/cZMB-1gLTCMomiMhg/x1080"><meta itemprop="duration" content="P185S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xap3666"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xap3666"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xap3666"></script>