SEPANG - Pelumba Moto3 negara, Muhammad Hakim Danish Ramli menunjukkan trofi kejuaraan yang dimenanginya selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.
Hakim Danish pulang ke tanah air selepas merangkul kejuaraan sulung Moto3 musim ini pada Grand Prix (GP) Czech di Brno, Jun lalu, sebelum menamatkan saingan di tempat ke-12 pada Grand Prix (GP) Jerman, Ahad lalu. Beliau kini mengumpul 86 mata keseluruhan dan menghuni tangga ketujuh kedudukan dunia. Foto Bernama