Legasi perpaduan Tun Sambanthan
Iklan
Jalan di Little India Brickfields dinamakan sebagai Jalan Tun Sambanthan bagi menghargai sumbangan dan peranan negarawan berkenaan.
RUKUN Negara digubal susulan peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 yang berpunca daripada rapuhnya semangat kenegaraan dalam kalangan rakyat.
Tragedi hitam itu mendorong kerajaan mengambil tindakan segera dengan mengisytiharkan darurat, sebelum Parlimen digantung pada 16 Mei 1969 bagi memulihkan keamanan dan kestabilan negara.