Peluang Mbappe senyapkan pengkritik Sepanyol

Iklan
Mbappe (kiri) akan menutup mulut pengkritiknya di Sepanyol jika berjaya menyingkirkan La Roja di Dallas. Foto Agensi

KYLIAN Mbappe mempunyai peluang terbaik untuk membuktikan dirinya apabila Perancis berdepan Sepanyol pada separuh akhir Piala Dunia, awal pagi Rabu (3 pagi waktu Malaysia).

Selain mahu membalas kekalahan kepada La Roja pada peringkat sama di Euro 2024, penyerang itu juga berpeluang menjawab kritikan yang dilemparkan terhadapnya selepas melalui musim sukar bersama Real Madrid.

Iklan
Iklan

Mbappe hadir ke pentas Piala Dunia dalam prestasi terbaik apabila menjadi antara tonggak utama perjalanan Perancis menuju separuh akhir, selain kini antara calon utama perebutan kasut emas kejohanan.

Walaupun terus menghasilkan jaringan, perjalanan Mbappe di Santiago Bernabeu tidak berjalan seperti yang diharapkan selepas menyertai Real Madrid pada 2024.

Iklan

Statusnya sebagai pemain bintang menyebabkan setiap aksi dan gerak-gerinya mendapat perhatian besar media Sepanyol, terutama selepas Madrid gagal meraih trofi utama dalam tempoh dua musim sejak ketibaannya.

Tekanan terhadap Mbappe semakin meningkat apabila prestasi Madrid merosot pada penghujung musim, selain timbul beberapa isu berkaitan hubungannya dengan kelab.

Iklan

Namun, Piala Dunia menjadi pentas terbaik buat kapten Perancis itu melupakan segala kritikan.

Tanpa tekanan besar seperti di Madrid, Mbappe kembali mempamerkan ketajaman apabila sudah menjaringkan lapan gol sepanjang kejohanan.

Jumlah itu menyaksikannya menyamai rekod Lionel Messi dalam persaingan kasut emas, selain menghampiri status sebagai penjaring terbanyak sepanjang sejarah Piala Dunia.

Rakan sepasukannya, Ousmane Dembele turut mempertahankan Mbappe dengan menyifatkan kritikan terhadap penyerang itu sebagai tidak adil.

"Kritikan terhadapnya sangat tidak adil. Ada pihak yang terlalu keterlaluan mengkritik Kylian. Dia pemain luar biasa dan seorang yang baik di luar padang," kata Dembele.