Selepas 'bus stand Klang', Jalan Kenanga pula digempur

Iklan
Zakaria (tengah) meninjau operasi penahanan warga asing di sekitar Jalan Kenanga, Kuala Lumpur pada Isnin. Foto: SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID

KUALA LUMPUR - Deretan premis perniagaan pemborong pakaian di sekitar Jalan Kenanga di sini yang menjadi tumpuan pekerja dan pengunjung warga asinh digempur pada Isnin.

Operasi Op Mega bermula jam 11 pagi itu dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Iklan
Iklan

Menyedari kehadiran anggota operasi yang berpakaian preman, rata-rata warga asing bertindak melarikan diri dan bersembunyi di tingkat empat premis.

Bagaimanapun, cubaan itu berjaya digagalkan apabila kawasan itu dikepung dengan lebih awal.

Iklan

Sinar Harian yang mengikuti operasi terbabit kawasan pusat pemborong pakaian turut melihat warga asing yang terpinga-pinga selepas dicekup ketika bersembunyi di dalam kotak pakaian dan timbunan kain serta barangan lusuh.

Antara warga asing diperiksa dalam Op Mega di sekitar Jalan Kenanga, Kuala Lumpur pada Isnin. Foto: SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID

Iklan

"Maaf tuan..saya ikut kawan saja lari, saya tak ada pasport," dakwa lelaki warga Bangladesh yang ditahan.

Serbuan turut berdepan kesulitan apabila pasukan operasi terpaksa menggunakan alat pemotong kunci serta mesin pemotong bagi membuka pintu besi.

Selain itu, ada segelintir warga asing yang berpura sebagai pengunjung walhal risikan mendapati ada antara mereka dipercayai digajikan majikan sebagai pekerja.

Seorang warga Bangladesh ketika ditahan mendakwa dirinya merupakan pelajar, bagaimanapun lelaki itu gagal mengemukakan pas pelajar selain bermasalah berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.

"Saya belajar di kolej...sini kerja partime sahaja," katanya selepas ditemui sedang bersembunyi bersama seorang rakan lain di dalam bilik tingkat dua premis.

Sementara itu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi ini bertindak memeriksa 236 individu.

Antara warga asing diperiksa dalam Op Mega di sekitar Jalan Kenanga, Kuala Lumpur pada Isnin. Foto: SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID

"JIM telah menahan 111 individu disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) berusia lingkungan 20 hingga 50-an.

"Antara yang ditahan membabitkan warga Indonesia, Myanmar dan Bangladesh disyaki melakukan kesalahan tinggal lebih masa dan salah guna pas," katanya kepada pemberita selepas operasi di sini pada Isnin.

Tambahnya, operasi ini digerakkan dengan menyasarkan premis perniagaan dan warga asing yang melakukan kesalahan salah guna pas selain tindakan ke atas majikan yang menggajikan PATI.

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan operasi berskala besar digerakkan JIM di sekitar 'bus stand Klang' yang menjadi tumpuan warga asing diserbu pada Ahad.