Lelaki disiasat bakar rumah ibu

Iklan
Kebakaran memusnahkan kira-kira 80 peratus rumah terbabit.

ALOR SETAR - Seorang lelaki direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kebakaran rumah milik ibunya di Kampung Sungai Baru di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd Radzi Abdul Rahim berkata, suspek berusia 36 tahun itu ditahan kerana disyaki bergaduh dengan ahli keluarga sebelum bertindak membakar rumah terbabit.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dalam kejadian jam 3.15 petang itu, seorang lelaki berusia 28 tahun yang sedang berniaga tidak jauh dari lokasi kejadian ternampak suspek masuk ke dalam rumah berkenaan.

Suspek disiasat kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kebakaran.

Iklan

"Pengadu kemudian melihat terdapat kepulan asap dari tingkap dan api merebak dengan cepat," katanya.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan.

Iklan

Kemusnahan kebakaran dianggarkan kira-kira 80 peratus.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Noor Azhar Tajuddin berkata, kejadian tidak membabitkan mangsa.

Menurutnya, peratus kemusnahan kebakaran rumah dianggarkan mencecah kira-kira 80 peratus.