Tempur tanpa senjata

Iklan

BALING - Teknik mempertahankan diri tanpa menggunakan sebarang senjata atau lebih dikenali sebagai Tempur Tanpa Senjata (TTS) menjadi benteng pertahanan diri bagi setiap anggota tentera.

Komandan Pusat Latihan Peperangan Khusus Tentera Darat (PULPAK), Kolonel Nordin Abu berkata, TTS merupakan antara modul latihan yang perlu dilalui setiap anggota sebagai persediaan berdepan dengan sebarang situasi getir yang melibatkan nyawa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, TTS merupakan modul latihan utama dalam ketenteraan yang dapat membina keyakinan diri untuk bertempur tanpa menggunakan senjata bagi melumpuhkan musuh. - Bernama