SEREMBAN - Musim durian kali ini bukan sahaja menyaksikan lambakan pelbagai varieti durian di pasaran pada harga yang rendah, malah memberi peluang kepada penggemar raja buah menikmati durian bukit yang sukar diperoleh di luar musim.
Pemilik dusun durian bukit di Kampung Orang Asli Sebir Labu, Zurdi Baharu, 44, berkata pokok durian di dusunnya hanya mengeluarkan hasil sekali setahun dan dibiarkan hidup secara organik mengikut proses alami.