Penganggur dipenjara lima bulan curi wang tabung masjid RM50
Iklan
Tertuduh (kanan) yang keluar dari lokap mahkamah pada Isnin selepas dijatuhi hukuman.
TUMPAT – Seorang penganggur dihukum penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah mencuri kira-kira RM50 dari tabung sebuah masjid di Wakaf Bharu, di sini pada penghujung bulan lalu.
Tertuduh, Mohamad Syafizi Md Shuhairi, 34, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wan Ashrul Afham Mohamad Azmi.
Iklan
Iklan
Mengikut pertuduhan, dia didakwa mencuri wang tabung milik Masjid Putra Taman SBJ, Wakaf Bharu di dalam bangunan yang digunakan sebagai tempat simpanan harta di masjid berkenaan kira-kira jam 7 malam pada 30 Jun lalu.
Perbuatan itu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda.
Iklan
Bagi kesalahan kali kedua atau seterusnya, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara serta denda atau sebatan.
Berdasarkan fakta kes, pihak masjid yang menyedari tabung berkenaan diumpil kemudian memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Iklan
Rakaman itu memaparkan tertuduh memasuki masjid sebelum mencuri wang tabung berkenaan.
Pihak masjid kemudian membuat laporan polis sebelum tertuduh berjaya ditahan pada 2 Julai lalu.
Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya, Mahfuzah Hamizah Mohd Ariff memohon hukuman berat dikenakan sebagai pengajaran memandangkan kesalahan itu membabitkan kecurian dalam masjid.
Tertuduh yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Roshalizawati Muhammad bagaimanapun memohon hukuman minimum atas alasan anak guamnya tidak bekerja dan masih bujang.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara lima bulan bermula dari tarikh tertuduh ditangkap.
Pada prosiding sama, tertuduh turut didakwa memberikan kepada dirinya sendiri dadah jenis methamphetamine di Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat pada 2 Julai lalu dan mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Mahkamah menetapkan 13 Oktober depan untuk sebutan laporan kimia bagi kes dadah berkenaan.
Kemunculan seekor ibu harimau belang bersama anaknya di beberapa kampung di Kuala Krai bukan sahaja mencetuskan kebimbangan penduduk, malah menjejaskan sumber pendapatan lebih 100 penoreh getah yang terpaksa menghentikan rutin harian mereka sejak hampir dua minggu lalu.
Lebih membimbangkan, haiwan pemangsa itu dipercayai berkeliaran di kebun getah dan semakin menghampiri kawasan penempatan penduduk sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk serta haiwan ternakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801601/edisi/kelantan/lebih-100-penoreh-getah-di-kuala-krai-gantung-pisau-gara-gara-pak-belang
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.