KUALA LUMPUR - [KEMAS KINI] Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan diberi amaran oleh Timbalan Yang Dipertuan Dewan Rakyat, Datuk Dr Ramli Mohd Nor susulan mengeluarkan kenyataan menyindir parti lain berhubung keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Ketika sesi pertanyaan kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Mohd Sany pada mulanya mengucapkan tahniah kepada Perikatan Nasional (PN) dan Pas serta takziah kepada Barisan Nasional (BN) kemudian membetulkan semula kenyataan itu.