Keputusan majoriti 2-1, Syed Saddiq kekal bebas

Iklan
Syed Saddiq

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kekal dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan di sini pada Isnin, atas empat kes bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Menerusi keputusan majoriti 2-1, dua hakim, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah berpendapat, bekas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berusia 34 tahun itu, wajar dilepas dan dibebaskan.

Iklan
Iklan

Sementara Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais yang mempengerusikan panel tiga hakim, menjadi satu-satunya hakim yang berpandangan berbeza apabila mendapati bekas Menteri Belia dan Sukan itu bersalah.

Keputusan majoriti berkenaan sekali gus menyaksikan rayuan akhir pendakwaan ditolak, selain membebaskan bekas Presiden Muda daripada sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada November 2023.

Iklan

Keputusan tersebut menoktahkan perjuangan undang-undang bekas Presiden Muda itu yang berlarutan sejak beberapa tahun lalu, selain mengubah sama sekali haluan kehidupan dan masa depan politiknya.

Ia termasuk alam perkahwinan yang bakal dibina bersama tunang yang juga penyanyi, Bella Astillah.

Iklan

Keputusan itu kemudiannnya disusuli dengan tepukan daripada ahli keluarga dan penyokong Syed Saddiq.