Polis tunggu penjelasan kilang isu pesta 'Songkran'

Iklan

SEPANG - Aksi sekumpulan pekerja asing yang berpesta 'Songkran' di kawasan Bandar Baru Salak Tinggi di sini tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof ketika dihubungi mengesahkan menerima maklumat mengenai 'pesta' berkenaan yang diadakan di pekarangan asrama kilang pekerja itu.

Iklan
Iklan

"Kita masih menunggu penjelasan daripada pihak kilang tempat mereka bekerja," katanya di sini.

Kelmarin, sebuah video berdurasi lebih 30 minit yang tular di media sosial menunjukkan kumpulan pekerja asing menari sambil menyanyi dipercayai meraikan festival air atau lebih dikenali sebagai Songkran.

Iklan
Iklan

Menurut maklumat pada video berkenaan, mereka adalah pekerja di sebuah kilang sarung tangan. - Bernama