Momentum sokongan PN merosot
Iklan
PN dilihat gagal meyakinkan pengundi bahawa mereka masih merupakan gabungan yang padu dan bersedia untuk mentadbir.
SHAH ALAM - Prestasi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini didakwa merudum apabila gabungan itu bukan sahaja gagal menambah penguasaan, malah kehilangan kesemua tiga kerusi yang dimenangi pada PRN 2022.
Keputusan itu sekali gus memberi gambaran momentum sokongan terhadap PN semakin merosot, terutama apabila gabungan berkenaan gagal mempertahankan kedudukannya sebagai pencabar utama Barisan Nasional (BN) dalam persaingan merebut sokongan pengundi Melayu.