Formula kemenangan besar BN
Iklan
Kemenangan BN pada PRN Johor ke-16 juga banyak dipacu faktor kepimpinan Onn Hafiz (kanan) yang berjaya membina keyakinan pengundi sepanjang tempoh pentadbirannya.
KEMENANGAN besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 bukan sekadar didorong sokongan tradisinya, malah turut dipacu perubahan sentimen pengundi merentasi segmen umur, kaum dan kawasan.
Analisis awal oleh Presiden Parti Bersama Malaysia (Bersama), Datuk Seri Rafizi Ramli menunjukkan berlaku perubahan corak pengundian yang memihak kepada BN, sekali gus memberi kesan kepada semua parti bertanding termasuk Bersama.