Polis tahan dua lelaki, rampas 2,000 pil yaba

Iklan
Pemeriksaan polis menemukan 10 peket plastik mengandungi pil disyaki yaba seberat 221.41 gram. Gambar hiasan

KOTA BHARU - Polis menahan dua lelaki tempatan dan merampas 2,000 pil disyaki pil yaba bernilai kira-kira RM20,000 dalam serbuan di kawasan parkir Medan Selera Bukit Yong, Pasir Puteh, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Saari Yaacob berkata, suspek ditahan pada 6.40 petang oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.

Iklan
Iklan

"Pemeriksaan polis menemukan 10 peket plastik mengandungi pil disyaki yaba seberat 221.41 gram,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing dua suspek itu didapati negatif. 

Iklan

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama

 

Iklan