Serangan dron di Musandam, Oman

Iklan
Oman diserang dron ketika Iran sasar pangkalan tentera AS di negara serantau. Foto Anadolu Ajansi

ISTANBUL -  Serangan dron melanda kawasan Musandam, Oman pada Ahad, lapor agensi berita kerajaan negara itu, selepas Iran mendakwa menyasarkan pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di negara serantau, lapor Anadolu Ajansi.

"Oman mengutuk dan mengecam serangan itu," Agensi Berita Oman menyatakan pada X, memetik sumber keselamatan.

Iklan
Iklan

Muscat sedang mengambil semua langkah yang perlu untuk menangani keadaan dan menjaga keselamatan negara, tambah media itu.

Sementara itu, siren dibunyikan tiga kali di Bahrain dan Kementerian Dalam Negeri menyeru orang ramai untuk"menuju ke tempat paling selamat yang terdekat."

Iklan

Terdahulu, Teheran berkata ia melancarkan serangan ke pangkalan tentera AS di Bahrain, Kuwait, Qatar, Jordan dan Oman, manakala UAE berkata, ia telah memintas dan bertindak balas terhadap serangan peluru berpandu dan dron Iran.

AS melancarkan serangan pusingan ketiga yang menyasarkan tapak radar, peluru berpandu dan dron di seluruh selatan Iran.

Iklan

Serangan itu berlaku selepas Iran melepaskan tembakan ke atas kapal komersial di Selat Hormuz dan mengumumkan penutupan laluan air strategik itu sehingga diberitahu kelak, dengan seorang anak kapal hilang, menurut CENTCOM. - Bernama-Anadolu