SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menggesa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming supaya segera meletakkan jawatan serta tidak terus memberikan pelbagai alasan.
Menurut beliau, Kor Ming perlu menjaga integriti diri, parti dan Kerajaan Perpaduan dengan mengambil langkah berundur daripada jawatan menteri.
"Saya mahu menasihatkan Nga Kor Ming letak jawatan segera sebagai Menteri KPKT. Jangan bagi banyak alasan. Jaga integriti kamu, parti kamu dan kerajaan perpaduan," katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Ahad.
Mohd Puad berkata, beliau sendiri pernah mengambil keputusan meninggalkan parti ketika parti berada dalam keadaan kukuh dan tidak menyesali keputusan berkenaan walaupun kehilangan jawatan sebagai Ahli MKT UMNO.
ARTIKEL BERKAITAN: PRN Johor: 55 calon hilang wang deposit
[RASMI] Keputusan penuh 56 kerusi PRN Johor ke-16
BN menang besar 48 kerusi DUN Johor - SPR
[RASMI] PRN Johor: SPR umum BN menang besar 48 kerusi DUN Johor
[RASMI] PRN Johor: Maszlee menang DUN Puteri Wangsa
SPR teliti isu muat naik kertas undi sudah dipangkah di media sosial
Anwar ucap tahniah kepada BN, janji Kerajaan Persekutuan terus bantu Johor
[RASMI] PRN Johor: Pas hilang kubu terakhir
PRN Johor: Kekalahan PN sudah dijangka, pengerusi perlu bertanggungjawab letak jawatan
"Tetapi saya tidak kesal kerana mesej saya sampai walaupun saya turut hilang jawatan MKT," katanya.
Dalam kenyataan sama, Mohd Puad turut mengaitkan isu itu dengan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.
Beliau mendakwa Muhamad Akmal sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan, namun keputusan itu tidak diteruskan dan sebaliknya diberikan pelbagai alasan.
"Jangan ikut perangai Akmal. Dia kata mahu letak jawatan. Tetapi tidak jadi. Dia bagi berbagai alasan. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Pokoknya dia tidak ada integriti," tambahnya.