'PRN Johor isyarat pengundi utamakan kestabilan' - Nurul Syazwani

Iklan
Nurul Syazwani

SHAH ALAM - Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu dinilai secara objektif kerana ia memberi mesej pengundi kini lebih mengutamakan kestabilan politik, perpaduan serta hala tuju jelas berbanding sentimen kepartian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Nurul Syazwani Noh berkata, pandangan itu adalah analisis peribadinya sebagai ahli politik yang mengikuti perkembangan politik tanah air dan bukan mewakili pendirian rasmi Perikatan Nasional (PN) atau mana-mana parti.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kemenangan besar Barisan Nasional (BN) menunjukkan keyakinan sebahagian pengundi khususnya orang Melayu kembali kepada parti itu apabila bertanding atas kekuatan sendiri tanpa kerjasama dengan DAP.

"Pada masa sama, keputusan itu juga boleh ditafsirkan sebagai petunjuk sebahagian pengundi bukan Melayu kembali memberikan sokongan kepada BN kerana melihat faktor kestabilan politik, pengalaman mentadbir serta keyakinan terhadap pengurusan ekonomi negara," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

 

ARTIKEL BERKAITAN: PRN Johor: 55 calon hilang wang deposit

Iklan

Dua faktor kemenangan BN

[RASMI] Keputusan penuh 56 kerusi PRN Johor ke-16

BN menang besar 48 kerusi DUN Johor - SPR

[RASMI] PRN Johor: SPR umum BN menang besar 48 kerusi DUN Johor

[RASMI] PRN Johor: Maszlee menang DUN Puteri Wangsa

SPR teliti isu muat naik kertas undi sudah dipangkah di media sosial

Anwar ucap tahniah kepada BN, janji Kerajaan Persekutuan terus bantu Johor

[RASMI] PRN Johor: Pas hilang kubu terakhir

PRN Johor: Kekalahan PN sudah dijangka, pengerusi perlu bertanggungjawab letak jawatan

Nurul Syazwani memberitahu, keputusan itu juga wajar dijadikan bahan muhasabah kepada semua parti politik termasuk PN memandangkan BN dan PN berkongsi sebahagian besar kelompok pengundi Melayu.

Katanya, sebarang ketidakstabilan dalaman, perbezaan pendirian yang berpanjangan atau kegagalan menampilkan hala tuju yang jelas boleh menjejaskan keyakinan pengundi.

"Kepercayaan rakyat perlu dipelihara dan tidak boleh dianggap sebagai sesuatu yang kekal," ujar beliau.

Mengulas keputusan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau, Nurul Syazwani berkata, kemenangan Alwiyah Talib buat kali ketiga walaupun bertanding di bawah tiket BN selepas sebelum ini bersama PN membuktikan faktor calon dan kekuatan parti masih memainkan peranan penting.

Menurutnya, pengundi bukan sahaja menilai jenama parti, malah turut mengambil kira kredibiliti calon, kekuatan jentera dan isu tempatan dalam menentukan pilihan.

Beliau turut berpandangan rakyat kini semakin matang dalam membuat keputusan apabila tidak lagi terlalu dipengaruhi naratif politik seperti isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta slogan 'undi UMNO dapat DAP'.

Katanya, keputusan di Johor menunjukkan semakin ramai pengundi membuat pertimbangan berdasarkan keadaan semasa termasuk kos sara hidup, kestabilan politik dan keupayaan sesebuah parti menawarkan masa depan yang lebih baik.

"Saya juga percaya keputusan ini akan menjadi titik muhasabah kepada ramai penyokong BN yang sebelum ini membuat undi protes atau menjauhkan diri.

"Semakin ramai akar umbi sanggup mengenepikan ego dan kembali bersatu sekiranya mereka melihat perpaduan mampu membawa kestabilan politik, pemulihan ekonomi serta masa depan Malaysia lebih baik," jelasnya.

Beliau berkata, keputusan rakyat perlu dihormati dan dijadikan iktibar oleh semua pihak, manakala semua parti politik perlu memperbaiki kelemahan serta mengembalikan fokus kepada kepentingan rakyat.

"Rakyat tidak memilih berdasarkan siapa paling kuat menyerang lawan, tetapi siapa yang paling diyakini mampu membawa kestabilan, kemakmuran dan masa depan lebih baik untuk Malaysia," tambah beliau.