Manipulasi terhadap Felda
Iklan
Laporan pelbagai sumber mengatakan, FGV membelanjakan RM3.3 bilion ke atas pelaburan dan pembangunan yang tidak menghasilkan pulangan baik. Gambar hiasan
PADA 7 Julai, ketika berucap sempena majlis Sambutan Hari Peneroka dan Ulang Tahun ke-70 Felda di Jengka, Pahang, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan kekecewaan terhadap cara agensi itu diuruskan.
Beliau mahu Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Felda mengamalkan tatakelola terbaik dan tidak mengulangi kesilapan yang berlaku sebelum ini.