Dua faktor kemenangan BN
Iklan
Hussain berkata, kemenangan besar BN itu bukan sahaja memberi mandat untuk membentuk kerajaan negeri, tetapi juga membawa tanggungjawab besar.
SHAH ALAM - Kejayaan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kemenangan di Johor dengan pertambahan jumlah kerusi lebih besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini didorong oleh beberapa faktor utama, antaranya kekuatan calon dan jentera yang tersusun.
Penganalisis politik dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Hussain Yusri Zawawi berkata, faktor lain yang turut menyumbang kepada ramuan kemenangan BN ialah strategi kempen yang lebih dekat dengan kehidupan rakyat dan pengalaman pentadbiran.