SHAH ALAM - Pas gagal mempertahankan kemenangan di kerusi tunggalnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani apabila tewas kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
Calon Pas yang bertanding di bawah logo Perikatan Nasional (PN), Anuar Hayan kalah kepada pencabarnya, Datuk Ashari Sarip dalam pertandingan empat penjuru yang turut membabitkan calon daripada Pakatan Harapan (PH), Taqiuddin Cheman dan Muhammad Amir Fiqri Mustapha daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).
Iklan
Iklan
Ashari menang dengan majoriti 2,143 dengan memperoleh 10,570 undi, Anuar (5,658), Taqiuddin (8,427) dan Muhammad Amir Fiqri (2,495).
Berdasarkan keputusan tidak rasmi, BN menang 48 kerusi, PH (8) manakala Pas, Muda, Parti Bersama Malaysia (Bersama), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti orang Asli Malaysia (Asli) dan Bebas gagal meraih sebarang kemenangan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan 7 Julai sebagai hari pengundian awal dan 11 Julai sebagai hari pengundian.
Seramai 2,727,926 pengundi layak mengundi pada PRN Johor kali ini, terdiri daripada 2,703,175 pengundi biasa, 12,041 anggota tentera dan pasangan serta 12,710 anggota polis dan pasangan.
Artikel Berkaitan