[TIDAK RASMI] PRN Johor: MIC menang semua empat kerusi ditandingi

Iklan
MIC menepati sasaran apabila berjaya mempertahankan dan merampas kesemua empat kerusi yang ditandingi.

SHAH ALAM - MIC menepati sasaran apabila berjaya mempertahankan dan merampas kesemua empat kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berdasarkan keputusan tidak rasmi.

Empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi parti itu ialah Kemelah, Kahang, Perling dan Bukit Batu.

Iklan
Iklan

Di DUN Kemelah, K Raven Kumar yang berpindah daripada kerusi Tenggaroh berjaya menewaskan Afif Hamid (Pakatan Harapan) dan Uzzair Ismail (Perikatan Nasional) dengan majoriti 3,838 undi.

Bagi DUN Kahang, V Rugendran pula mencatat kemenangan bergaya dengan majoriti 12,013 undi selepas menewaskan Mohd Sabri Abd Kadir (PH) dan Mazlan Bujang (PN).

Iklan

Di DUN Perling, P Pannir Selvam menewaskan Alan Tee Boon Tsong (DAP) dan Boo Wei Han daripada Parti Bersama.

Sementara itu, Setiausaha MIC Johor, R Kumaran berjaya merampas DUN Bukit Batu daripada penyandangnya, Chiong Sen Sern (PH).

Iklan

Sebanyak 56 kerusi DUN dipertandingkan pada PRN Johor dengan 29 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri melalui majoriti mudah.

Pada PRN Johor ke-15 yang berlangsung pada Mac 2022, Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.