ISKANDAR PUTERI - Bekas Timbalan Speker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Samsolbari Jamali mencipta sejarah apabila mempertahankan kerusi Semarang bagi penggal keenam berturut-berturut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, hari ini.
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Johor itu menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Ramli Abd Hamid dan calon Perikatan Nasional (PN) Muhammad Syafiq Abdul Aziz.