KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda lapan negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hingga 5 petang ini.
Menurut kenyataan MetMalaysia yang dikeluarkan pada 2 petang, amaran itu melibatkan seluruh negeri Melaka dan Pulau Pinang, serta Kedah melibatkan Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
Iklan
Iklan
Cuaca itu juga diramal di Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Pekan dan Rompin).
Amaran sama turut melibatkan Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat); Negeri Sembilan (Jelebu) dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Mersing). - Bernama