Isham Jalil sah sertai Pas
Iklan
Isham Jalil
SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil disahkan menyertai Pas selepas mengisi borang keahlian dan mendaftar sebagai ahli parti seumur hidup parti itu.
Perkara itu dikongsikan Ketua Pemuda Pas Selangor yang juga Yang Dipertua Pas Shah Alam, Mohamed Sukri Omar menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.
Iklan
Iklan
Menurut Mohamed Sukri, beliau menerima mesej WhatsApp daripada Isham pada malam Jumaat yang memaklumkan mengenai penyertaannya ke dalam parti itu.
"Keputusan ini lahir daripada keyakinan beliau untuk memilih Pas sebagai wadah siasah dalam memperjuangkan serta mempertahankan agama, bangsa dan negara," katanya.
Iklan
Beliau berkata, Pas sentiasa terbuka kepada sesiapa yang ikhlas untuk berbakti dan menyumbang kepada perjuangan parti.
Katanya, perjuangan Pas dibina bukan atas dasar kepentingan peribadi, sebaliknya berteraskan akidah, prinsip dan tanggungjawab memimpin masyarakat dengan nilai Islam.
Iklan
Dalam pada itu, Mohamed Sukri turut mengalu-alukan penyertaan Isham ke dalam Pas.
"Perjuangan ini tidak diukur dengan siapa yang datang paling awal, tetapi dengan siapa yang tetap istiqamah hingga ke akhirnya, selamat datang ke saff perjuangan," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Peletakan jawatan beberapa Ahli MPT Bersatu akan diselesaikan secara dalaman - Muhyiddin"><meta itemprop="description" content="Isu peletakan jawatan beberapa Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) termasuk Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah akan diteliti dan diselesaikan secara dalaman.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau akan mendapatkan laporan lengkap berhubung perkara itu sebelum sebarang keputusan atau tindakan diambil.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/787318/berita/politik/peletakan-jawatan-beberapa-ahli-mpt-bersatu-akan-diselesaikan-secara-dalaman---muhyiddin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bersatu #letakjawatan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-11T05:41:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/cUOJY1gKTUHHUTtYj/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaob9ia"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaob9ia"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaob9ia"></script>