Ubat politik bagi satu kaum, racun politik bagi kaum yang lain
Iklan
Hari ini, seramai 2,727,926 pemilih bakal memenuhi 1,140 pusat mengundi memilih wakil rakyat dan parti untuk menerajui pentadbiran negeri buat penggal berikutnya.
KEMPEN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kini memasuki kemuncaknya. Sepanjang penulis turun ke beberapa kawasan dan mengikuti perkembangan kempen di media sosial, satu perkara begitu jelas kelihatan – landskap politik antara pengundi Melayu dan pengundi Cina semakin bergerak dalam dua arah yang berbeza.
Apa yang dianggap sebagai aset politik dalam kalangan masyarakat Melayu, sering dilihat sebagai liabiliti dalam kalangan masyarakat Cina. Begitu juga sebaliknya.