Orang Johor berfikir cara Johor
Iklan
BN guna isu tempatan untuk menarik perhatian pengundi tempatan.
SEKIRANYA BN menang dalam PRN Johor, punca utamanya adalah PH tidak menggunakan strategi yang betul. PH menganggap pertandingan di Johor satu lagi PRU. Pendekatan PH nampaknya mencari kemenangan dengan track record kejayaan Kerajaan Madani.
Nampaknya sasaran kempen PH adalah untuk menjanjikan projek dan pembangunan. Tapi BN lebih fokus. BN guna isu tempatan untuk menarik perhatian pengundi tempatan. Orang Johor tak perlukan janji pembangunan. Johor negeri maju dan mendahului banyak negeri daripada seni pembangunan prasarana.