Apakah strategi PH selepas ini?
Iklan
PH harus ubah pendekatannya dalam PRN seperti di Johor. Foto Bernama
MENANG atau kalah, the show must go on, kata orang putih. Maknanya siapapun yang kalah, akan hadapi kenyataan buruk baiknya. Ada yang kata PRN Johor salah satu penanda trend pengundian PRU akan datang. Johor negeri yang bukan mundur. Sikap orang Johor terhadap politik juga berbeza dengan orang lain.
Memang secara tradisinya Johor penyokong totok UMNO. Pas tak ada tempat di Johor. Tapi 2018 mengubah semua itu. Penolakan terhadap BN dan UMNO berlaku di seluruh negara, lebih memeranjatkan di Johor. Tidak ada siapa yang membayangkan MB masa itu bukan sahaja gagal memenangi kerusi Parlimen tetapi kerusi DUN pun dia tewas.