70 peratus turun mengundi, parti mana untung?
Iklan
Mandat diberikan pengundi pada PRN Johor ke-16 akan menentukan hala tuju negeri itu dalam tempoh lima tahun akan datang.
SELEPAS dua minggu 'demam' pilihan raya memanaskan negeri di selatan tanah air ini, kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 akhirnya melabuhkan tirai tepat jam 11.59 malam, Jumaat.
Segala strategi dan manifesto yang mewarnai kempen sejak 27 Jun lalu kini berada di tangan pengundi untuk mencorakkan pentadbiran negeri dan masa depan Johor bagi tempoh lima tahun akan datang.