Tegurlah secara membina bukan caci maki
Iklan
Perbezaan antara teguran dan herdikan amat besar kerana teguran membina keyakinan manakala herdikan hanya meninggalkan tekanan emosi dan ketakutan. Imej janaan AI
LATIHAN industri ialah jambatan yang menghubungkan dunia akademik dengan alam pekerjaan sebenar. Ia sekali gus menjadi medan pembentukan kompetensi, sahsiah dan profesionalisme pelajar.
Namun, beberapa insiden yang tular kebelakangan ini membuka ruang kepada perbincangan mengenai keperluan mewujudkan hubungan yang lebih seimbang antara majikan dan pelajar latihan industri.