Bekas Ahli Parlimen Pasir Puteh meninggal dunia

Iklan
Bekas Ahli Parlimen Pasir Puteh dari BN) Datuk Che Min Che Ahmad meninggal dunia di rumahnya di Kampung Nara, Pasir Puteh pada Jumaat.

PASIR PUTEH - Bekas Ahli Parlimen Pasir Puteh dari Barisan Nasional (BN), Datuk Che Min Che Ahmad meninggal dunia di rumahnya di Kampung Nara di sini pada Jumaat.

Allahyarham yang berusia 79 tahun itu juga merupakan bekas Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pasir Puteh mengembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 3 petang.

Iklan
Iklan

Cucu saudaranya, Nur Zirahaida Sohok, 37, berkata, Allahyarham ditemukan tidak sedarkan diri di dalam bilik air oleh ahli keluarga.

"Datuk saudara baharu pulang dari Bangi, Selangor pagi tadi ke kampung untuk menghadiri kenduri arwah bapa saya iaitu anak saudaranya ke 100 hari pada hari ini (Jumaat).

Iklan

"Pagi tadi saya ada menghubunginya tanya hendak makan apa untuk sarapan, namun dia bagitahu penat dan tidak mahu makan serta hendak tidur," katanya ketika dihubungi.

Menurut Nur Zirahaida, biasanya Allahyarham tidak begitu, kerana dia seorang yang mengambil berat serta aktif dan tidak pernah kenal erti penat walaupun sudah berusia.

Iklan

Ujarnya, kami menyedari tentang ketiadaannya apabila Allahyarham tidak hadir ke kenduri.

"Kami periksa di rumah mendapati terdengar bunyi air di dalam tandas namun apabila dipanggil tiada suara yang menyahut.

"Sehinggalah ada ahli keluarga buka pintu tandas dan mendapati datuk saudara sudah tidak sedarkan diri," katanya.

Sementara itu Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakob menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham

"Dengan penuh rasa dukacita, saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Datuk Che Min Che Ahmad, mantan Ahli Parlimen Pasir Puteh, yang telah kembali ke rahmatullah.

"Allahyarham merupakan seorang tokoh yang banyak menabur bakti kepada masyarakat dan negara sepanjang penglibatan beliau dalam dunia politik serta khidmat kepada rakyat," katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Menurut beliau, jasa dan sumbangan Allahyarham akan sentiasa dikenang sebagai sebahagian daripada sejarah perjuangan yang memberi manfaat kepada ramai.

"Saya mendoakan agar ALLAH SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya, menerima segala amal kebajikan yang telah dilakukan serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

"Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga. Semoga dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi saat yang penuh ujian ini," katanya.