Tumpahan 7 liter ammonia di kilang ais

Iklan
Anggota bomba turut menjalankan kerja-kerja ‘spill control’ menggunakan bahan pengikat kimia sebelum sisa tumpahan dikutip dan dimasukkan ke dalam tong khas (salvage drum). Foto: JBPM Perak

IPOH - Tumpahan kira-kira tujuh liter gas ammonia berlaku di sebuah kilang ais di Kawasan Perindustrian Menglembu, Pasir Putih di sini pada Jumaat.

Panggilan kecemasan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh pada jam 10.32 pagi melibatkan kebocoran sebuah silinder berkapasiti 400 liter.

Iklan
Iklan
Dua anggota Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dengan kelengkapan perlindungan diri (PPE) lengkap telah memasuki lokasi bagi menutup injap silinder terbabit. Foto: JBPM Perak

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, siasatan awal mendapati, insiden berpunca daripada silinder gas ammonia yang tidak ditutup dengan sempurna.

"Keadaan itu menyebabkan pelepasan tekanan gas serta tumpahan bahan berkenaan.

Iklan

“Bacaan gas ammonia di dalam kilang mencecah 300 bahagian per juta (ppm) manakala di luar sekitar 100 ppm,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, dua anggota Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dengan kelengkapan perlindungan diri (PPE) lengkap telah memasuki lokasi bagi menutup injap silinder terbabit.

Iklan

Katanya, pasukan turut menjalankan kerja-kerja ‘spill control’ menggunakan bahan pengikat kimia sebelum sisa tumpahan dikutip dan dimasukkan ke dalam tong khas (salvage drum).

“Bacaan terkini di dalam premis menunjukkan penurunan kepada 250 ppm manakala di luar tiada bacaan direkodkan,” katanya.

Sabarodzi berkata, operasi berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 12.50 tengah hari tanpa melibatkan sebarang mangsa.

“Seramai lapan anggota terlibat dalam operasi dengan bantuan tiga jentera termasuk sebuah LFRT, lori lima tan dan kenderaan utiliti,” katanya.