PM Singapura terima emel ancaman bom palsu sasar Parlimen, HTX

Iklan
PM Singapura terima ancaman bom membabitkan bangunan Parlimen, seorang lelaki ditahan untuk siasatan. Foto: Media sosial

SINGAPURA – Seorang lelaki berusia 40 tahun didakwa di mahkamah pada Khamis atas pertuduhan membuat dua ancaman bom palsu yang menyasarkan Bangunan Parlimen dan pejabat Agensi Sains dan Teknologi Home Team (HTX).

Tertuduh, Koh Jye Shyang, didakwa menghantar ancaman bom palsu menerusi borang FormSG kepada HTX pada jam 1.30 petang, 3 Julai lalu.

Iklan
Iklan

Menurut dokumen mahkamah, mesej yang dihantar berbunyi 'Terdapat bom di bangunan Agensi Sains dan Teknologi Home Team di 1 Stars Avenue, #12-01, Singapura 138507. Sila kosongkan premis dengan segera'.

HTX kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Iklan

Beberapa hari kemudian, kira-kira jam 3 petang pada 6 Julai, Jye Shyang didakwa menghantar e-mel kepada Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong, dengan mesej: 'Terdapat bom di Bangunan Parlimen di 1 Parliament Place, Singapura 178880. Sila kosongkan premis dengan segera'.

Polis mengesahkan menerima laporan mengenai e-mel tanpa nama yang dihantar kepada Pejabat Perdana Menteri, mendakwa terdapat bom di Bangunan Parlimen.

Iklan

Susulan itu, polis menjalankan pemeriksaan menyeluruh di kedua-dua lokasi, termasuk pemeriksaan sistematik di kawasan bangunan dan persekitarannya, namun tidak menemui sebarang objek yang boleh mengancam keselamatan.

Siasatan lanjut oleh pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (CID) dan Divisyen Polis Pusat kemudian mendapati kedua-dua ancaman itu dipercayai dihantar oleh individu yang sama.

Lelaki terbabit ditahan pada Selasa lalu dan beberapa peranti elektronik yang dipercayai digunakan untuk menghantar ancaman tersebut turut dirampas.

Jika disabitkan kesalahan, Jye Shyang berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda maksimum S$50,000 (RM157,727) atau kedua-duanya sekali.

Hakim Mahkamah Daerah, Brenda Tan membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk mengekalkan tertuduh dalam tahanan sementara dan permohonan ikat jamin akan dipertimbangkan apabila tertudug hadir semula ke mahkamah pada 16 Julai ini.